Agak menyedihkan bila acara Badminton yang telah dirancang sekian lama terpaksa dibatalkan kerana ada Rumah Sukan yang tidak dapat menyediakan pasukan yang lengkap. Mungkin ramai warga yang bercuti...maklumlah dah akhir bulan Disember dan dalam minggu-minggu terakhir cuti persekolahan. Sabtu lalu dalam pertandingan Bolatampar, terdapat juga Rumah-Rumah Sukan yang bermain dengan hanya 4 dan 5 orang. Tak cukup pemain. Agak pelik kerana terdapat 550++ warga yang masih sihat bekerja di sini. Adakah majoritinya "kaki bangku" atau tak kisah pasal bersukan?
Terima kasih En. Razali Che Mat, Pengarah Pembangunan Wilayah dan En. Allaudin, Tim. Pengarah Ekonomi Makro merangkap Presiden BKSU yang turut hadir dan turut bermain. Alangkah cantiknya kalau lebih ramai pegawai-pegawai kanan dapat turun padang dan bermesra dengan staf. Bukan senang nak dapat peluang sebegini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul cc...dan itulah pengalaman manis terakhir saya dengan BKSU...
ReplyDelete